b

b

Saturday 29 November 2014

Info Tentang P&P Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Subjek ini merupakan subjek Bahasa Melayu yang memberikan pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer. Subjek ini juga mendedahkan tentang bagaimana untuk mencari bahan atau menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer. Terdapat pelbagai cara yang disediakan dari pelbagai rujukan dan sumber.

Wednesday 4 April 2012

Enjin Pencarian Berbentuk Indeks (Minggu 2)

ENJIN PENCARIAN BERBENTUK INDEKS
Gunakan katakunci, frasa dan  Boolean Operators seperti 'and','or' atau 'not'.
Contoh enjin pencarian adalah :



ENJIN PENCARIAN BERBENTUK DIREKTORI
Enjin ini menyenaraikan  laman web yang telah disusun mengikut topik dan sub-topik. Maklumat dari enjin berbentuk direktori disenggara oleh personel yang berkebolehan dan ini meningkatkan ketepatan sesuatu penghasilan pencarian.

Contoh enjin pencarian ini adalah :




KOMBINASI ENJIN BERBENTUK DIREKTORI DAN ENJIN PENCARIAN





ENJIN PENCARIAN BERBENTUK 'META'
(Pencarian beberapa enjin pencarian serentak)

Contoh adalah :




Mencari alamat e-mel individu di Internet
Anda boleh mencari alamat e-mel di internet dengan mudah melalui penggunaan enjin pencarian . Beberapa enjin pencarian untuk tujuan ini adalah :





Mencari maklumat mengenai MALAYSIA

Monday 2 April 2012

Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet (Minggu 3)

      Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet
    ETIKA KOMPUTER
·  Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
·     Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
MASALAH MORAL DAN ETIKA
    Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu :
·         Penggertak
·         Penyalahgunaan internet
·         Virus
·         Hak cipta
·         Perisian cetak Rompak

1)   Penggertak
·         Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·  Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan.
2)   Penyalahgunaan internet
·  Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
3)   Virus
·  Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian komputer.
4)   Hak cipta terpelihara
·     Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
5)   Perisian cetak rompak
·    Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

Sunday 1 April 2012

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (Minggu 4)

Pengenalan
Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.


Kemahiran dalam Bahasa Melayu

Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.
I.Kemahiran berbahasa
II.Kemahiran Bernilai Tambah
III.Kemahiran TMK
IV.Kemahiran Berfikir
V.Kemahiran masa Depan
VI.Kemahiran Kontekstual
VII.Kemahiran Belajar Cara Belajar

Faktor pemilihan bahan di internet
i. Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
ii. Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
iii. Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan

Kepentingan selepas memilih bahan internet
Selepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i. URL 
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkansumber rujukan bahan.
ii. Isi 
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
iii. Semak 
• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.


Memilih bahan sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.

Jenis-jenis sastera
Pantun
Sajak
Seloka
Gurindam
Cerita Pendek
Syair

Memilih bahan tatabahasa
Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

Jenis-jenis bahan tatabahasa
Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Tugas
iv. Kata Sendi Nama
v. Peribahasa
vi. Simpulan Bahasa

Memilih bahan bidang ilmu lain
Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

Jenis bidang ilmu lain
I.Ilmu Agama
II.Ilmu Sains
III.Ilmu Matematik
IV.Ilmu Sejarah
V.Ilmu Kajian Geografi
VI.Ilmu Semasa

Friday 30 March 2012

Membina dan Menggunakan Tapak , LamanWeb Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelanjaran (Minggu 5)

Prosedur memuat naik Tapak Pembelajaran dan Laman Web ke File Manager


  1. Siapkan Tapak Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang disedakan. Klik File, Publish to the Web ... dan namakan fail sebagai index

  2. Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang. 

  3. Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod. 

  4. Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan. 

  5. Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

  6. Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.

  7. Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di     bawah. Klik File Manager. 

  8. Apabila anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager. 

  9.  Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. 

  10. Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan dapat anda lihat. 

  11.  Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. Alamat Tapak Pembelajaran 

  12.  Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload. 

  13. Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin komputer. Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close, paparan berikut akan ditunjukkan. 

  14.  Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang berikut. HyperText Markup Language (HTML) 

  15.  Anda akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan. 

  16. Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan. 

  17.  Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah hasilnya. 18. Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak Pembelajaran anda. Bergembiralah! Peringatan: Sekiranya anda hendak mengubah isi kandungan Tapak Pembelajaran, anda perlu mengubahnya di dalam Fail Kerja dengan menggunakan Publisher. Setelah selesai mengedit dan melakukan perubahan, simpan fail kerja anda itu dan Publish to the Web dengan menggunakan nama index. Ini bermakna fail index yang lama akan terpadam. Upload ke File Manager dengan menggunakan prosedur yang sama.

Monday 26 March 2012

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Pepautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa (Melayu Minggu 6)

Pengenalan
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.

Sistem Perpautan
Struktur Hierarki
Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Lingkaran

Struktur Hierarki
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik. 


Struktur Komposit

Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian. 

Struktur Linear
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. 


Struktur Rangkaian

Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel 

Monday 19 March 2012

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu ( Minggu 7)

Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. 
Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer. 

Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 
ii. Pengaliran maklumat dua hala 
iii. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 
iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. 

Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
i. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. 
ii. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
iii. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. 


Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')

i. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. 
ii. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. 
iii. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.